SINDROM VX

Demi kuasa dan harta, nyawa jadi taruhan. Kematian mereka menjadi tanda tanya...

Ariana dan Rizo bertindak atas kepercayaan dan tanggungjawab menghapuskan sindrom yang melanda.Dengan keperluan yang ada dan terhad, mereka mengembara mencari binatang yang pelik berada di planet biru. Planet yang sangat asing bagi manusia bumi. Binatang itu lah yang akan menjadi penawar kepada Sindrom VX

Dengan Perasaan Ragu-ragu Terselit Keyakinan...
Hasil Karya: Nuriazam Ismail
Terbitan: PTS Publications & Distributors SDN. BHD.
Tahun Terbitan: 2007

Harga buku: RM20 (termasuk penghantaran melalui Pos laju) Buku akan dihantar sebaik sahaja wang bayaran sah diterima.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

KOTA BARRA


Kebenaran harus ditegakkan, kejahatan mesti ditumpaskan...

Abid bersama seorang panglima bernama Yaddi dan Puteri Zalia,pewaris takhta Kota Barra bertarung dengan Guntala dan Alka-dua ahli sihir yang telah menawan Kota Barra. Mereka juga harus menyelamatkan pemerintah Kota Barra,Raja Fayat yang dipenjarakan oleh Guntala. Mampukah Abid berdepan dengan berbagai rintangan untuk menyelamatkan Kota Barra dengan mendapatkan satu-satunya pedang yang paling berkuasa-Pedang Asakir

Manusia Dari Dunia Asing Menjadi Taruhan...
Hasil karya: Mahizan Husain
Terbitan: Fajar Pakeer Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan: 2009

Harga buku: RM20 (termasuk penghantaran melalui Pos laju)
Buku akan dihantar sebaik sahaja wang bayaran sah diterima.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

KUDETA KLIMAKS



Dari kesinambungan novel triler KUDETA INTRO. Singapura, Filipina dan Malaysia diambang konflik peperangan. Arman dikejar oleh semua pihak. Semua buktidihalakan kepada Arman. Arman tercampak ke Mindanao dan menyusup masuk ke dalam kawasan Pihak Pemisah Filipina. Semuanya untuk membersihkan dirinya. Bertambah rumit apabila SEAL, tentera Amerika campur tangan atas faktor tersirat. Perang sudah semakin hampir. Nyawa manusia menjadi taruhan. Arman sudah tidak punya masa lagi...


Api Perang Sudah Menyala, Dia Adalah Kuncinya..
Hasil karya: Khairul Nizam Khairani
Terbitan: PTS Publications & Distributors SDN. BHD.
Tahun Terbitan: 2009

Harga buku: RM20 (termasuk penghantaran melalui Pos laju)
Buku akan dihantar sebaik sahaja wang bayaran sah diterima.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

KUDETA INTRO

Semuanya bermula tatkala sebuah pesawat pejuang milik tentera Singapura ditembak jatuh di Filipina. Pihak pejuang pemisah yang bermusuhan dengan kerajaan Filipina telah dituduh bertanggungjawab.
Masalah timbul lagi apabila senjata yang digunakan adalah buatan syarikat milik seorang rakyat Malaysia. Tidak perlu tunggu lama untuk Malaysia turut terheret dalam konflik pra-peperangan tiga penjuru ini.
Arman mesti berlari dan mengejar dalam masa yang sama.

Dia Penentu Api Perang 3 Negara....
Hasil karya: Khairul Nizam Khairani
Terbitan: PTS Publications & Distributors SDN. BHD.
Tahun Terbitan: 2009

Harga buku: RM20 (termasuk penghantaran melalui Pos laju)
Buku akan dihantar sebaik sahaja wang bayaran sah diterima.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments